4 Mei 2014

Rindu

Assalamualaikum,

RINDU... Ya hati aku bersarang kerinduan.. Bertemankan lagu lagu sedih.. Bila dihitung dengan jari sudah sebulan aku di Kota London.. Ya aku pasrah, sememangnya aku rindu keluarga di Malaysia.. Harap mereka sihat. Harap mereka dilindungi oleh Allah.

Siapa yang suka berjauhan dengan keluarga, mesti lah semua tak suka kan..
Aku mampu tahan rindu ini.. London dengan Malaysia bukan dekat yang boleh balik ulang alik..
Berjauhan dengan keluarga buat aku makin tabah.. Buat aku berdikari sendiri.

Perit sekali bila sakit,keluarga hendak datang menemui aku memang jauh sekali.
untung aku masih mempunyai kawan yang sanggup untuk jaga aku semasa sakit.. Terima Kasih..
Aku pergi tak lama,sekejap je..
mama,papa doakan adik disini ye :(





Mama,Papa adik Rindu sangat :(

The Crystal,London

Assalamualaikum

Hai selamat petang, Entry kali nie entry bergambar.. Mohon jangan muntah bila tengok gambar kami ye :D


 
 
selepas naik cable car,ok aku tak gayat pon -,-
 


antara permandangan sesama dalam cable car
 
akhirnya sampai The Crystal
 
 

 
 
 
sekian, Byeee 
 
 
 
 
 


2 Mei 2014

wabak chicken pox di London

Assalamualaikum :)

selamat malam, kat london baru pukul 8.30pm, tapi macam baru pukul 7.30pm tau.. Aku yang kena kuarantin duduk dalam bilik mengadap laptop 24 jam.. fuhhh tak bosan

taadaaaaa da pukul 8.30pm tapi masih belom gelap lagi uoolss .. haaha 

Macam tak bosan duduk dalam bilik ni, tak boleh jumpa orang tak boleh bergaul,rasa macam tersingkir uolss,,hahaah.. 
First demam,bangun pagi nak sesiap pergi klinik tengok dah tumbuh bintik merah kat muka,ok mungkin jerawat nakal nak tumbuh, tengok kat badan pulak ada jugaa,mungkin gatal biasa, bila dah check doktor kata cuma allergic.. 

Tak lama makin banyak pula bintik comel ni naik kat badan,, tak berkeyakinan nak tengok diri sendiri,merah sana sini.. Bagi aku memang perit kalau sakit tanpa family disisi,cuma harap kan kawan kawan yang tolong..
 Ingatkan aku sorang yang kena rupanya berjemaah, sorang sorang ngadu kena chicken pox juga,, mungkin dalam 10orang yang sakit.. 



Alhamdulilah keadaan aku semakin sembuh,tinggal nak kering je,, kenkawan yang lain get well soon ye..
kalau nak sembuh cepat jangan langar pantang larang tu :D 

PANTANG LARANG YANG TERFAMOUS 

1. Jangan bagi kena air hujan- nanti takut parut besar akan kekal .Kira cam bentan la. Even dah sembuh pun takboleh kena air hujan untuk 2,3 minggu
2. Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumis. Pendek kata, masak takleh letak minyak. makanan laut pun kena elakkan, termasuk jugaklah telur. Ada gak yang tak bagi makan ayam.
3. Mandi-ade banyak versi.. Ada yang tak bagi mandi langsung, ada yang suruh mandi.
4. Jangan makan ubat- orang2 tua tak bagi makan ubat tau. takut nanti ruam tu tak keluar. Tapi kalau baby demam baik bagi paracetamol, bahaya kalau tak control demam, takut kena sawan pula.
5. Jangan mandi guna sabun -
Elakkan guna sabun sebab sabun kan mengandungi bahan kimia. takut nanti dapat infeksi.
6. Jangan pakai bajuBiarkan pesakit tak berbaju (kalau kanak2 la,orang dewasa perempuan kenalah pakai baju nipis2), dikhuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu.. Biasalah ruam ni akan mengering, bila tak pakai baju proses dia akan lebih cepat)
7. Jangan garu atau kopek kuping campakNanti parut campak akan kekal, macam jerawat jugak la..

semoga info diatas dpt membantu...