13 Disember 2014

Selamat Hari Jadi Shabat !


Assalamualaikum !


Entry aku pagi ni aku taip khas untuk mira yang layak di gelar sahabat!

Sebernanya aku dengan dia berkawan baru 3 tahun, aku kenal dia masa memula daftar hostel, kebetulan pulak dia ambil course tourism dan aku business management, dan jadual class pon selalu sama. sejak dari tu kitaorang mula rapat. 

Kitaorang selalu lepak sama sama jalan sesama dan dari situ lah aku nampak persamaan aku dengan dia, dia anak tunggal dan aku pon anak tunggal. Dia sama dengan aku seorang yang pendiam tak suka kongsi masalah dengan orang lain.. selama 3 tahun ni lah banyak kenangan antara kita. dia kawan yang memahami yang selalu ada dengan aku tak kira susah senang. 

Tapi dalam berkawan ni tipu lah kalau takde berlaku salah paham. 
Paling terkilan bila aku dan dia bermasam muka masa kat London. Sejujurnya aku ni memang ego, ikut kepala sendiri je.. tapi yang banyak mengalah dia lah.. dia yang pujuk aku hantar semula gambar gambar kita berdua dia ingatkan balik masa memula kita berkawan, dan semua tu buat aku sedar dia lah sahabat yang baik. 


Kalau kau baru kenal dia kau mungkin akan cakap dia sombong, tapi bila kau dah kenal bebetul dia mcam mana baru kau tahu peramahnya dia.
Sebernanya aku segan nak tulis pepanjang pasal dia kat sini, tapi aku nak tulis juga pasal dia sebagai tanda penghargaan aku kepada sahabat aku! You have been a great friend all this while sister. You always always  be there for me. Apa pun masalah aku kau selalu ada dan bagi nasihat..

zaman sekrang ni susah nak cari kawan yang bebetul ikhlas macam dia ni, zaman sekrang ada kawan yang tikam belakang, depan baik tapi belakang kutuk kutuk. yang talam dua mukanya lagi. yang selalu kata susah senang sama sama tapi kebanyakkan aku nampak senang je bersama bila susah kemana ? dan apa yang aku harapkan kau bukan kawan yang macam tu yang mengata aku dalam diam yang tikam aku dalam diam sebab aku yakin kau kawan yang boleh dipercayai..

Terima Kasih untuk segalanya. Saat jatuh bangun aku kau ada. susah nak cari sahabat macam kau zaman sekarang ni. Aku nak kau tahu aku hargai sangat sangat semua benda yang kau tolong aku selama kita berkawan sejak first aku masuk UNI. Hope our friendship last till jannah. Jadi sahabat dunia akhirat okay even aku rasa sekarang ni macam banyak sangat perubahan.

Selamat hari jadi yang ke-21 sahabat ! You are a great person and you will be greater one day ! You always make me believe in myself and I’m asking you to greatly believe in yourself too, okay ! Segala apa aku usahakan kau sokong. You always have my back ! Such a great friend ! GREAT GREAT FRIEND !

Aku bersyukur sangat-sangat weh berjumpa, berkenalan dan berkawan dengan kau, mira. Susah senang aku kau tolong, kau bagi semangat. Kau tahu masalah aku, kau tau jerih perit aku. Thanks a lot for being there. Walaupun nanti kita dah jarang jumpa aku doakan sangat-sangat kau berjaya suatu hari nanti.



Thanks for everything ! Aku banyak bergantung pada kau sepanjang kita sama-sama satu group assignment masa diploma dulu. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Hanya ALLAH je mampu balas semua kebaikan kau pada aku. Selamat hari jadi ke-21 sahabat! Semoga kita berkawan sampai bila-bila inshaAllah. Aku doakan kau maju jaya and berjaya dunia akhirat. Amin.

Maaf kalau aku bukan kawan yang baik, maaf kalau aku banyak menyusahkan dan banyak buat kau sakit hati or terasa, Tapi percayalah kau lah kawan yang paling aku sayang dan paling aku percayai .. kalau jumpa kawan yang lebih baik jangan lupakan aku yee :D

NUR AMIRA BINTI AZMI , 14.12.1993

THANK FOR BEING A GOOD FRIEND FOR ME . MUCH LOVE 

29 September 2014

INTERNATIONAL FASHION SHOW 2014 (PWTC)

ASSALAMUALAIKUM






JEMPUTAN KE ACARA MOSLEMA IN STYLE INTERNATIONAL FASHION SHOW 2014 PADA 8 NOVEMBER 2014 DI PUTRA WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR.

Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya di maklumkan bahawa MOSLEMA IN STYLE akan menganjurkan MOSLEMA IN STYLE INTERNATIONAL FASHION SHOW 2014 pada 8 November 2014 (Sabtu) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

untuk makluman pihak tuan, tahun 2014 merupakan penganjuran untuk kali ke-3 untuk acara ini dan acara ini adalah acara yang unik iaitu merupakan acara pertunjukkan fesyen muslimah yang menampilkan pereka fesyen muda dari Malaysia dan dikhususkan untuk tetamu wanita sahaja,,

sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia dengan membuka peluang kepada pereka fesyen muslimah dari negara luar seperti Indonesia, Brunei, Australia dan eropah untuk bersama-sama dengan pereka fesyen muslimah Malaysia di pentas peragaan tersebut.

Berikut adalah tentatif program untuk acara tersebut sebagai rujukan :



  • Peragaan Fesyen Muslimah
  • Ruang Pameran & Jualan
  • Sesi Ukhwah Komuniti Hijab Malaysia
  • Sesi Bertemu Selebriti & Blogger
  • Sesi Hi-Tea selepas Peragaan Fesyen
  • Sesi Jaringan Bisnes & Peluang Perniagaan

Untuk makluman, acara ini merupakan acara tertutup dan eksklusif untuk tetamu wanita sahaja. Tetamu boleh mendapatkan tiket secara online www.moslemainstyle.com/ticket seperti maklumat berikut :

  • Tiket "Standard" : RM120 seorang
  • Tiket "Gold"(Front Area) : RM 160 seorang
  • Tiket Berkumpulan “Standard” : RM900 untuk 10 orang
  • Tiket Berkumpulan “Gold” : RM1300 untuk 10 orang
Setiap tetamu akan diberikan akses untuk keseluruhan program tersebut dan layak mendapat “Goodies Bag”.

Pihak Moslema In Style percaya bahawa acara ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada ahli-ahli organisasi untuk berkumpul dan mengeratkan ukhwah serta membina jaringan bisnes dalam industri fesyen muslimah.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dilakukan dengan menghubungi pihak Moslema In Style melalui talian 019-2625563 (Puan Emy) atau 011-26611187 (Encik Rizman)


Gambar Fashion Show yang lepas :

 



 


 

  








BOOKING YOUR TICKET NOW!!!

ADS - MUSLIMAH FASHION BIZ DIRECTORY 2014